Bilangan mangsa banjir di Baling meningkat selepas 58 orang mangsa dari 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, sehingga jam 8 pagi tadi.<br /><br />Menurut Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lefternan (PA) Dzulhaidy Mohd Khalil, berkata, kesemua mangsa dari Kampung Padang Empang, Kupang dipindahkan selepas air lebih satu meter memasuki rumah mangsa.